Friday 25 November 2011

...LAMBANG -LAMBANG MALAYSIA...

BENDERA MALAYSIA

  • 14 jalur putih dan merah melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Warna biru tua bermakna perpaduan rakyat.
  • Anak bulan adalah tanda agama Islam, iaitu agama rasmi negara.
  • 14 bucu bintang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Warna kuning ialah warna diraja.
JATA MALAYSIA

  • 14 bucu bintang menandakan perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Anak bulan melambangkan agama Islam, iaitu agama rasmi negara.
  • 5 bilah keris menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  • Pokok pinang dan jambatan melambangkan Pulau Pinang.
  • Pokok Melaka melambangkan Negeri Melaka.
  • 4 jalur menandakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Jata Sabah melambangkan negeri Sabah.
  • Burung kenyalang melambangkan negeri Sarawak.
  • Bunga raya adalah bunga kebangsaan negara.
  • Sepasang harimau bermakna keberanian dan kegagahan.
  • Warna kuning adalah warna diraja.    

BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu  (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Warna merah melambangkan perpaduan dan keberanian rakyat.

BAHASA KEBANGSAAN
 
Bahasa Kebangsaan ialah  Bahasa Malaysia

LAGU KEBANGSAAN

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
 
 

No comments:

Post a Comment