Friday 25 November 2011

...FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN...


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.



Pendidikan adalah satu yang penting dan perlu dititikberatkan pada masa kini. Malah, pendidikan ini penting dan perlu diberikan dari peringkat kanak-kanak berumur 4 tahun lagi supaya mereka terdedah dengan kepentingan dengan pendidikan bagi memperkembangkan dari segi JERIS. Maka dengan itu, sistem pendidikan akan sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya berlaku penambahbaikkan dalam membentuk generasi yang gemilang dan terbilang.



No comments:

Post a Comment